Perutusan Pengerusi KBU Sempena Sambutan Majlis Penilaian ABN 2010

Assalammualaikum w.b.t Dan Salam 1 Belia 1 Malaysia.
Pertama sekali, marilah kita bersama-sama memanjatkan kesyukuran ke Hadrat Allah S.W.T. Alhamdulillah dengan izinnya kua, Kelab Belia UNGGUL pada tahun ini telah tercalon bagi ANUGERAH BELIA NEGARA 2010 PERINGKAT NEGERI SELANGOR ‘KATEGORI PERSATUAN’ mewakili daerah Kuala Langat, Dengan sokongan pemimpin tempatan, rakan-rakan belia, serta masyarakat setempat tanpa mengira peringkat umur, status serta perbezaan ideologi. Amat dibanggakan, dan tahniah diucapkan kepada Jawatankuasa KBU.
Majlis sambutan penilaian ANUGERAH BELIA NEGARA 2010 PERINGKAT NEGERI SELANGOR ‘KATEGORI PERSATUAN’ akan dilaksanakan pada 9 Februari 2010 bersamaan 24 Safar 1431H ( Selasa ) bertempat di Wisma GLOKAL Taman Damai, Kanchong Darat Banting, Selangor. Seluruh warga KBU serta rakan-rakan belia dijemput hadir bagi memeriahkan majlis ini. Marilah kita mendoakan semoga kejayaan akan kunjung tiba, serta ukhwah dan kekuatan seluruh Jawatankuasa akan lebih kukuh dan dapat diperkasakan dengan semangat serta iltizam bagi memastikan kita sentiasa bersedia .
Saban tahun sambutan Hari Belia Negara akan disambut di peringkat daerah, negeri, serta kebangsaan. Sambutan ini amat penting bagi mengiktiraf sumbangan belia kepada pembangunan spiritual, minda, kerohanian dalam pembentukan jati diri generasi muda sebagai pelapis kepimpinan Negara di setiap daerah, negeri, dan juga Negara . Sambutan ini mendapat perhatian pimpinan-pimpinan tertinggi kerajaan mahupun rakyat biasa malah mendapat liputan luas media eletronik dan cetak.
Maka di kesempatan yang ada ini, KBU memperluaskan jaringan ukhwah dan memperjelaskan objektif penubuhannya kepada semua lapisan masyarakat setempat agar lebih memahami keperluan serta tanggungjawab memelihara generasi muda agar tidak terjatuh dari paksinya. Insyallah dimana ada kemahuan disitu ada jalanya… KBU akan terus berusaha dan menempah kejayaan pada hari belia nanti merangkul JOHAN ANUGERAH BELIA NEGARA 2010 PERINGKAT NEGERI SELANGOR KATEGORI PERSATUAN.
Adalah menjadi satu hakikat yang tidak dapat di nafikan lagi bahawa golongan belia merupakan satu segmen yang penting, masyarakat yang bakal mencorakkan masa depan negara. Ini kerana lebih 60 peratus daripada penduduk Malaysia terdiri dari golongan belia yang berumur lingkungan 15 hingga 40 tahun. Sebagai anggota masyarakat yang bertanggungungjawab kita harus menyedari penyakit sosial tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan yang melibatkan golongan ini. Peningkatan gejala ini akan merencatkan wawasan negara sekiranya tidak di tangani dengan segera
Syukur Alhamdulilah, dengan komitmen, semangat kerja berpasukan dan sokongan padu daripada semua pihak terutamanya saf Jawatankausa KBU serta pemimpin masyarakat tempatan. Terima kasih atas sokongan, kerjasama serta meluangkan masa bersama-sama kami, ianya menambahkan lagi semangat juang kami untuk terus bergerak mengaktifkan Golongan Belia dengan kktiviti sihat dan bermanfaat. Sekian terima kasih…
1 Suara, Mencipta Keunggulan…
Jemputan Ke Majlis Sambutan MA’Al Hijrah 1431H

“JEMPUTAN MAJLIS SAMBUTAN MA’AL HIJRAH 1431H” anjuarn Kelab Belia Unggul. Bertemakan….
‘MEMANTAP UKHUWAH MEMPERKASA UMMAH’
Tarikh : 27 DISEMBER 2009 / 10 MUHARRAM 1431H ( Ahad )
Tempat: Dewan Gemilang, Jalan Pulai,Kanchong Darat
Masa : 8.00 malam
Muslimin Dan Muslimat Di Jemput Hadir
Bersama Keluarga Serta Rakan-Rakan
Penaja Bersama : Glokal dan Canggih (pakaian sekolah)
Talian Majlis :
012 225 1841 ( Hafiz Hj Omar )
012 629 1834 ( Hamidi Hamid )
TENTATIF
“MAJLIS SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1431H”
“MEMANTAP UKHUWAH MEMPERKASA UMMAH”
8.00 mlm : Ketibaan Tetamu Jemputan
8.30 mlm : Kata-Kata Aluan Pengerusi Majlis
: Bacaan Doa
: Nyanyian Lagu Kebangsaan “Negaraku”
: Ucapan Aluan Oleh Nurul Hafiz Bin Haji Omar
Pengerusi Kelab Belia Unggul Kanchong Darat
: Ucapan Perasmian Oleh
staz Tuan Haji Shafie Bin Haji Abdul Rahman
Nazir Masjid Jamek As Solihin Kanchong Darat
: Persembahan Nasyid Oleh
Kumpulan Nasyid Shababul Muslim ‘Lagu Tema Maal Hijrah’
9.00 mlm : Ceramah Maal Hijrah
Tajuk “Memantap Uhkuwah Memperkasa Ummah
Oleh Ustaz Tuan Haji Safwan Fathy
Penerima Anugerah IMAM AL GHAZALI 2009
AKADEMI ISLAM JAMI’IYAH (Pusat Bimbingan Penghayatan Islam)
: Penyampaian Sumbangan Kembali Ke Sekolah / Penyampaian Cenderahati
10.30 mlm : Jamuan / Bersurai
Paintball Game 2009
Pada tanggal 9 ogos 2009 sekali lagi Kelab Belia Unggul melaksanakan program pada hujung minggu iaitu aktiviti paintball di kebun kelapa sawit. Sungguh meriah dan sangat menebarkan kerana seperti berlaku peperangan sebenar, hanya yang main sahaja dapat merasainya..”heehee..yang tak main duduk melopong aje lah”… Format pertandingan pada hari tersebut, setiap pasukan memiliki 10 orang pemain dan pada masa itu mempunyai 3 pasukan..so jumlah kesemuanya kire lah ek… Pasukan yang dapat mengambil bendera di tengah-tengah ladang dikira sebagai pemenang.. Simple and Fun…

Militan campuran akan berentap.. (Naib Johan taw)

