SELAMAT MENYAMBUT HARI KELAHIRAN NABI MUHAMMAD S.A.W..Dan jangan lupa Festival Belia Unggul pada bulan Mac ini...

Latar Belakang


Kelab Belia UNGGUL Kanchong Darat telah ditubuhkan pada 12 Januari 2008 dan telah didaftarkan sebagai pertubuhan belia dibawah seksyen 10 AKTA PERTUBUHAN BELIA DAN PEMBANGUNAN BELIA 2007 PERATURAN –PERATURAN PERTUBUHAN BELIA( PENDAFTARAN) 2007.
No pendaftaran: PPBM 0286/08 , No.PPPB :01-11/0252 Bertarikh : 22 JULAI 2008.

KBU telah bersiap sedia sebagai Pertubuhan belia yang mempunyai segala potensi untuk berperanan sebagai agen perubahan,penyampai maklumat serta menjadi agen penghubung dalam usaha melahirkan golongan belia yang berjati diri dan mempunyai semangat patriotik yang tinggi .

KBU berkeupayaan menjana potensi yang ada melalui saluran yang disediakan oleh pihak kerajaan mahupun pihak-pihak lain yang terbabit. Pengiktirafan oleh semua pihak perlu dalam meletakkan pertubuhan belia sama ada diperingkat kebangsaan, negeri dan daerah sebagai ‘one stop center’ bagi penganjuran aktiviti yang melibatkan belia dan masyarakat.

Sebagai sebuah pertubuhan belia yang berdaftar KBU akan memperkasakan belia , mengukuhkan kepimpinan dan pentadbiran pertubuhan belia melalui peningkatan pengetahuan dan kemahiran.