SELAMAT MENYAMBUT HARI KELAHIRAN NABI MUHAMMAD S.A.W..Dan jangan lupa Festival Belia Unggul pada bulan Mac ini...

Program Rakan Muda Masyarakat bersama AADK

By admin - Last updated: Monday, November 16, 2009 - Save & Share - Leave a Comment

“Tempat Kerja Bebas Dadah, Sektor Agronomi”

Tarikh: 15 November 2009

Masa: 8.00 pagi - 1.30 petang

Tempat: Ladang West, Sime Darby. Pulau Carey.

Anjuran: Agensi Dadah Kebangsaan, Daerah Kuala Langat.

Salam semua, khususnya untuk semua ahli Kelab Belia Unggul, Kuala Langat. Pada tarikh, dan waktu di atas, kelab ini telah selamat mengadakan Program Rakan Muda Masyarakat di Ladang Barat, Sime Darby. Pulau Carey Selangor.

Program ini diadakan sebagai pendedahan bahayanya najis dadah kepada masyarakat khususnya belia, selain itu kami juga mengadakan gotong-royong bersama warga setempat untuk membersihkan tempat tinggal bekas penagih dadah di Ladang Barat Sime Darby.

Acara ini dimulakan dengan ceramah yang bertajuk Permasalahan Dadah, Siapa Perlu Main Peranan untuk Mengatasinya? Oleh En. Sanker a/l Govindan. Selepas itu, para peserta bersama penduduk setempat mengadakan gotong royong membersihkan kediaman bekas Penagih Dadah tersebut.

Pada majlis penutup pula dimulakan dengan bacaan doa, selain diadakan Ikrar Rukun Negara, nyanyian lagu NegaraKu/Kami Benci Dadah/ dan Belia Tonggak Selangor.  Kemudian, Pengerusi Kelab Belia Unggul Encik Nurul Hafiz bin Haji Omar memberikan ucapan alu-aluan. Dan majlis penutup dirasmikan oleh Kapten(B) Shaharudin bin Haji Omar, Naib Ketua Umno Kuala Langat.

Selepas itu diadakan majlis penyampaian Sijil Penyertaan dan Cenderahati kepada peserta, dan terakhir sekali adalah sesi bergambar dan makan tengah hari.

Gambar saya update kejap lagi. :)

Posted in Bersama AADK Kuala Langat • Tags: , , , , , Top Of Page

Write a comment